"... Trip to Palestine & Holy Land" - FH
One of awesomely awesome photographer I am quite closed with... Fadhilah. H Photography. :)
Tengah kemas-kemas files dalam external hard disk and stumbled upon all these pictures and I think I must share them in this blog. Some interesting info I got from Kak Fadh during out short catch up last month...
1. Budak perempuan Palestine umur 11 tahun sangat cantik.. I saw a picture of a girl, and seriously sangat dewasa and jelita (chewah).. Kalau budak perempuan Malaysia umur 11 tahun masih comot and memang takde orang sudi nak kahwin. Hehe..
2. Bani Israel adalah dari keturun Nabi Ishaq (a.s). Ibu kepada Nabi Ishaq (a.s) iaitu Saidatina Sarah (r.a) yang juga adalah isteri kepada Nabi Ibrahim (a.s) adalah salah seorang daripada perempuan yang paling cantik (seperti yang di nyatakan oleh seorang Ustaz yang mengiku rombongan Trip ke Palestine). Selain itu, Nabi Yusuf (a.s) juga dari Bani Israel. Jadi kebanyakan keturunan Bani Israel dilahirkan cantik-cantik and handsome handsome... Ada satu tempat saya lupa kat mana tapi tak silap tempat tersebut tempat asal Nabi Ya’acob (bapa kepada Nabi Yusuf) and Kak Fadh ambik gambar perempuan-perempuan kat kawasan tu memang sangat cantik.
3. Wailing Wall (boleh Google sendiri) memang resemblance wall di Facebook.
4. Memang betul tentera Israel gali lubang bawah tanah dekat Masjid Al-Aqsa, Jerusalem and Kak Fadh ada ambik gambar lubang yang diceroboh oleh tentera Israel, sedih tengok sebab mereka hanya mampu pagar and kunci guna mangga biasa.. :( .. Mereka gali sebab nak bina Solomon Temple.
5. FYI, those in Palestine guna USD (majority), dan juga matawang mereka sendiri.
6. Buah-buahan di Palestine sangat gemuk dan besar... :)
7. Setiap kali waktu solat semua solat di Masjid Al-Aqsa. Masjid sangat penuh dengan jemaah... Sebab fadhilat solat di dalam Masjid Al-Aqsa sangat banyak.
8. Hebron dikenali sebagai Dead City. Keadaan yang sangat menyedihkan... Budak-budak berkeliaran mencari makanan. Bantuan makanan dan perubatan dari Negara jiran disekat. Pelawat yang datang selalunya akan membeli makanan di sempadan Jordan untuk diberikan kepada kanak-kanak Palestine selain daripada menghulurkan bantuan kewangan kepada penduduk miskin Palestine di Hebron. Sebuah Masjid di Hebro dimana terdapat Makam Nabi Ibrahim (a.s), Makam isteri baginda Saidatina Sarah (r.a.), Makam Nabi Ishaq (a.s.) dan isteri baginda serta Makam Nabi Ya’acob (a.s) mempunyai kawalan keselamatan yang amat ketat. Tentera Israel akan menjaga pintu masuk ke Masjid tersebut dan memeriksa setiap beg pelawat. Dipintu masuk masjid tersebut juga, pelawat terpaksa melalui 2 metal detector.
Banyak lagi interesting facts and stories about Palestine which saya ingat-ingat lupa and takut nak tulis sebab takut salah so below are some of the pictures yang diprinted oleh Kak Fadh.. And you can view more kat Fadhilah H Photography. :)
Last but not least gambar yang dicuri dari FB-page Kak Fadh yang saya suka sangat-sangat...
"Freedom for Palestine" ...
.

















